Daftar Qariah

Infaq & Sumbangan

Segala infaq dan sumbangan daripada para jemaah amat dihargai dan menjadi tunjang utama kepada gerak kerja dakwah, pengurusan serta pengimarahan Surau (Jumaat) Al-Uzma.

Halaman ini menyediakan maklumat akaun rasmi serta QR Code untuk memudahkan jemaah berinfaq dengan lebih cepat dan selamat. Semoga Allah memberkati setiap sumbangan yang diberikan.

Akaun Rasmi Infaq Surau
Bank Islam Malaysia Berhad
Gunakan rujukan seperti “INFAQ AL-UZMA” pada ruangan “Reference” semasa membuat transaksi.
  • Pengurusan & penyelenggaraan harian surau
  • Program kuliah, pengajian dan aktiviti dakwah
  • Aktiviti remaja, kebajikan & bantuan ahli kariah
  • Tabung pembangunan & penambahbaikan fasiliti
Infaq secara Imbasan QR
Kod QR Infaq Surau Al-Uzma
Imbas kod QR ini menggunakan aplikasi perbankan internet / e-wallet yang menyokong pembayaran QR.
Pastikan nama akaun yang terpapar ialah “SURAU AL-UZMA” sebelum mengesahkan transaksi.

Adab & Niat Dalam Berinfaq

Infaq hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT. Hadirkan niat: “Ya Allah, jadikanlah infaq ini sebagai asbab keberkatan hidupku, keluargaku dan kariah Surau Al-Uzma.”

Nabi SAW bersabda: “Harta tidak akan berkurang kerana sedekah.” (Riwayat Muslim). Semoga setiap sumbangan menjadi pahala yang berpanjangan.