Program Qurban Al-Uzma 1447H/2026M
Surau menganjurkan dan meneruskan lagi Program Qurban 2026 seperti tahun-tahun sebelumnya. Penyertaan adalah terhad kepada anak qariah Surau Al-Uzma.
Makluman: Tarikh pelaksanaan & kadar penyertaan adalah tertakluk kepada pengesahan pihak surau.
Penyertaan adalah terhad kepada anak qariah Surau Al-Uzma dan akan disusun mengikut kekosongan slot.
A. Maklumat Umum
- Program Qurban 2026 dianjurkan oleh Surau (Jumaat) Al-Uzma, Fasa 9 Bandar Tasik Kesuma.
- Bilangan haiwan Qurban adalah TERHAD 6 ekor lembu sahaja.
- Setiap lembu dipecahkan kepada 7 bahagian.
- Sebarang penambahan haiwan qurban tertakluk kepada keputusan pihak pengurusan dengan mengambil kira faktor semasa.
- Penyertaan disahkan selepas bayaran deposit minimum (jika ditetapkan) dan direkod oleh pihak penyelaras.
B. Bayaran & Ansuran
- Bayaran bagi 1 bahagian lembu adalah RM850. Harga tertakluk kepada perubahan sekiranya berlaku kenaikan kos pembekal.
- Peserta dibenarkan membuat bayaran secara ansuran mengikut jadual yang dipersetujui.
- Semua bayaran hendaklah dibuat ke akaun rasmi surau dan disertakan bukti bayaran kepada penyelaras.
- Penyertaan boleh dibatalkan sekiranya tiada bayaran dibuat dalam tempoh yang dimaklumkan.
C. Sembelihan & Agihan Daging
- Proses sembelihan dan pengagihan daging akan dilaksanakan mengikut garis panduan syarak.
- Maklumat masa & lokasi pengambilan daging akan dimaklumkan kemudian.
D. Lain-lain Ketetapan
- Pihak surau berhak membuat pindaan kecil pada jadual atau susunan program mengikut keperluan semasa.
- Dengan meneruskan pendaftaran, peserta mengakui telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma di atas.
* Selepas menekan butang di atas, anda akan dibawa ke borang pendaftaran peserta Qurban.